Tuesday, December 30, 2008

새해 복 많이 받으세요


Sekejap jek aku rasa tahun nih. Dah nak masuk tahun 2009. Tapi tahun-tahun sebelum nih pn..sama jugak. Kejap jk rasanya. Hehe..yelah, mana tak sekejap kan.. usia pun dah makin meningkat. dah dimamah usia orang cakap. Haha..Yang penting, semoga tahun baru ni bawak kebaikkan kepada kita semua, keluarga kita dan orang-orang disekeliling kita.


새해 복 많이 받으세요!!!!

Friday, December 26, 2008

Recycle


Aku rasa selalu dah kita dengar kerajaan suruh kita semua kitar semula sampah2 dan bahan buangan. Tapi aku rasa..xsemua orang yang buat termasuk aku (aku recycle paper lama jk..hihi). Sebab kalau semua orang recycle...xder la tahap kitar semula negara kita baru 5%. Ni aku dengar daripada berita Bernama dekat Chanel 502, Astro pagi tadi. Negara Eropah, such as Denmark..tahap kitar semula diorang..70%. Beza giler dol...



But the most shocking statement yang aku dengar..sampah sarap negara kita untuk tahun 2005..yg ntah berapa kilo tan metrik tuh... lebih kurang sama dengan 14 buah Menara Berkembar Petronas tuh. Bapak banyaknyer sampah2 kita. Tu tak termasuk sampah masyarakat..hehe



So..aku rasa aku pn nk start recycle la. Bawak barang lama or sampah2 yang boleh dikitar semula ke recycle center. Walaupun harga yang diorang bayar xla mahal mana.. tapi itu one of the effort yang aku boleh buat untuk save environment kita. Aku xnak anak cucu aku hidup bergelumang dengan sampah...Gooshh.

Wednesday, December 24, 2008

Good Neighbour


Rumah yang aku duduk sekarang ni, bukan rumah aku. Tapi rumah majikan. Kira menyewa la dengan majikan. Nasib baik gak la..kalau tak, bukan murah nak menyewa rumah yang selesa sikit dkt KL nih. Maybe sebab rumah yang aku duduk nih (kondominium) agak selesa, ramai la yang duduk sini kebanyakkannya orang yang kejenya bagus2. Takla macam aku yang keje makan gaji jk.Hehe


Most of them, suka buat hal sendiri. Walaupun aku xberapa peramah, tapi kalau yang ok, aku still tegur or at least senyum dan angkat tangan biler jumpa. Tapi sebab kebanyakkannya xok (pak arab banyak dkt sini..huh), so persepsi aku dekat orang2 yg agak senang nih..is not so good la. Hehe..sorry


Tapi pagi tadi, persepsi tuh agak berubah. walaupun bukan utk semua orang dekat situ, tapi particularly utk neighbour yang sorang nih. Kteorang penah gak tegur2 dalam lif since dier pn ada 2 orang anak kecik, sorang baya2 anak aku. Tapi since dier mcm pendiam, aku jarang la nk tegur sangat, just senyum jk la. Kenapa persepsi aku tu bertukar? Sebab dier tolong aku pagi td. It makes me think that there still good neighbour around.


Dengan aku dukung anak aku sebelah tangan, sebelah tangan lagi angkat baby chair dan wife aku dua2 tangan bwk beg anak, beg dier, beg aku.. nampak sgt kteorang nih xcukup tangan. So biler neighbour aku nih yang duduk dekat level 3A tuh offer utk bawakkan baby chair anak aku, aku mcm tergamam kjp. Malu pn ada sket. Since aku ni orang yang ada adab lagi..hehe..aku terima la offer dier. Thanks bro.. (xsure dier tua dari aku ker tak..tapi aku panggil dier abang..hahaha). Lain kali..aku tolong ko. I always want to be a good neighbour..always...

Friday, December 19, 2008

Kopitiam




Aku tak perasan trend nih. Atau aku memang buat2 tak perasan sebelum nih. Tapi kalau korang perasan, macam dh banyak pulak kopitiam around us. Banyak orang yang bukak kopitiam dan banyak jugak yang tukar kafe diorang tuh to kopitiam style. Kenapa? Aku tak tau..sebab aku takder kopitiam dan aku pun xberapa nak ambik tau. Tapi aku suka minum kopi dan sesekali minum or bersarapan di kopitiam, xder salahnya. Tak semestinya kalau sebut kopitiam, mesti ke Old Town White Coffee. Hehe...Minum kopi dekat rumah pun boleh. Lagi best....

Thursday, December 18, 2008

Rumours

Rumours ni selalu kita dengar. Memang dalam kehidupan kita seharian pun, kita biasa dengar rumours. Tapi kadang-kadang rumours boleh jadi fitnah. Sebab cerita yang disampaikan tu tak betul dan sengaja direka-reka. Tapi kalau rumours pasal Ronaldo nak transfer pegi Real Madrid, aku tak kesah sangat (even aku penyokong Man Utd). Sebab dah penat baca pasal transfer saga dier tuh. Lagipun, dier sekarang main untuk Man UTd, macam nak tak nak jek. Pegang bola la..pijak orang la..sepak orang la. Nampak sangat takder komitmen. So..baik pindah jek la. That's the best rumours to be true. Ronaldo sucks...

Tuesday, December 16, 2008

Kuala Lumpur


Aku lahir di Kuala Lumpur. Aku duduk di Kuala Lumpur. Aku pun kerja untuk Kuala Lumpur. Apa yang ada dekat Kuala Lumpur? Aku cakap, macam-macam ada di Kuala Lumpur. Nak yang baik..dapat la baik. Nak carik yang tak berapa baik, dapat la yang xberapa baik kn. Dulu orang cakap, susah nak hidup dekat Kuala Lumpur. Semua kena pakai duit. Tapi masa tuh, aku tak peduli. Sebab mak abah aku yang bagi aku makan. Tapi sekarang, bila aku pulak yang kena bagi makan dekat anak isteri aku, baru aku sedar susahnya hidup dekat Kuala Lumpur. Semuanya kena ada duit. Sebab kebanyakan perkara, material mengatasi moral. Tapi aku suka duduk di Kuala Lumpur. Kenapa? Sebab ada IKEA . Hehe..just joking. But that's one of the reason.

Wednesday, December 10, 2008

Children




Childhood is the happiest moment in every person's life. Betul kan? Mana ada budak-budak pikir macamana nak carik duit lebih nak bayar bil utiliti, nak bayar ansuran kereta, nak bayar duit sewa rumah. Kan heppi tuh.

W-A-S-H

Poster yang tak salah kalau dipasang di tandas-tandas awam di negara kita. Aku rasa la.



Kartun




Orang cakap, budak2 suka tengok kartun. Tapi aku rasa, orang dewasa pun ada jugak tengok kartun. Cuma aku xpasti diorang suka tengok ker atau terpaksa tengok sebab anak dah layan citer kartun. Tapi yang layan anime tahap gaban tuh aper citer.

Tuesday, December 9, 2008

Ruang @ Space

Aku memang xsambut Krismas. Tapi aku suka tengok dekorasi-dekorasi yang cantik-cantk. Xkesah la dekat shopping mall ker, office ker atau rumah orang. Sebab ruang yang kemas dan bersih plus interior yang baik dapat bagi kita ketenangan walaupun xla tenang mana pun. Tapi kita lagi xkkan tenang dengan ruang yang berserabut dan bersepah.

Prayer Room


Biler keluar pegi jalan2 dekat shopping mall, mmg seronok apart daripada kena keluarkan duit. Hehe.. Tapi biasanya biler nak bersolat, keadaan tempat solat tak setanding dengan imej shopping mall yang dikunjungi. Dari dulu sampai sekarang, sama jek. Yang lagi sedih, kalau tempat tuh orang tempatan yang punya. Xkesah la melayu ker india or cina. Diorang lagi jaga toilet dari prayer room. Tapi segan jugak kalau tgk tempat yang orang luar punyer yang sediakan tempat solat yang elok dan bersih. Macam diorang pulak yang lagi prihatin pasal solat nih.

Anak


Aku selalu dengar orang cakap pasal naluri keibubapaan (betul ker aku eja nih). Tapi sebelum aku ada anak, aku xrasa yang aku ada naluri tuh. Naluri2 yg lain tuh ada la. Tapi bila dah ada anak, baru aku rasa aku ada naluri tuh. Macamana rasa naluri tuh..aku rasa sapa yang ada anak, tau la kan. Yg xder lg tuh..cepat2 la buat anak (tapi kawen dulu la wooiii..). Dan aku xrasa lelaki akan kurang kejantanan dier..atau become sissy kalau ada naluri nih. It's a gift.

Friday, December 5, 2008

Salam Aidiladha


Gambar minuman kat atas nih xder kena mengena dengan tajuk entry aku nih. Cuma lepas balik solat Jumaat nih..tekak terasa nk minum pulak. Best kalau dapat minum air yang manis2 sket dengan sejuk2. Tapi xelokkan minum yg sejuk2 nih..Hehe. Ok, since kebanyakkan kita semua akan pulang berhari raya hujung minggu ni, aku ucapkan Selamat Berhari Raya, Selamat menjalani ibadah korban (jangan terkorban tau..lain maksudnya tuh) dan yang pentingnya..pandu, tunggang dan jalan dengan selamat. Since kebanyakkan kita akan cuti sampai Selasa (kecuali Cikgu Kudin yang tengah cuti panjang..hehe), so..lepas naik kerja la nnti aku tulis kalau ada masa.

Sekolah


Rasanya semua orang penah pegi sekolah. Jarang sangat la dengar orang xdapat bersekolah. Kalau yang saja2 xnk pegi sekolah..byk la aku dengar. Tapi sedar tak kita, walaupun dah lama kita semua tinggalkan sekolah, sekolah ni dah jadi mcm satu tempat yang akan sentiasa dekat dengan hati kita walaupun kita dah tua nanti. Tak semestinya kena jadi cikgu baru pegi sekolah....Nak hantar anak pegi sekolah nanti pon..kena pegi sekolah gak kan...Hehe

Resign


Saje nk tulis entry ni sebab baru lepas baca pasal Roy Keane resign from managerial post di Sunderland. Dia memang 'fighter' tapi maybe sebab pressure dan dia tak boleh tahan, then resign is the best option la. Kita bukan manager kelab bolasepak. Tapi kadang2, terpikir jugak nk resign kalau rasa tak happy biler buat keje. Hopefully kita tak perlu resign. But I won't rule out to switch a job. Isn't a better option?

Tuesday, December 2, 2008

Susu


Semua orang pernah minum susu. Xkesah la susu apa. Sebab ada banyak susu kt pasaran sekarang nih. Yang penting, ada duit untuk dibeli. Tapi kalau anak dah minum susu formula, mak bapak kena la pandai-pandai bajet. Sebab susu bukan murah. Tapi air sirap murah kan Khalish..hihi

Monday, December 1, 2008

Bekpas


Orang cakap bekpas penting. Jgn skip bekpas kalau xnk badan naik. Tapi itu orang. Kita buat apa nk ikut orang. Bekpas pn makan, lunch pn makan, petang pn makan. Malam lagi la kena makan. Kalau boleh, tgh tido pn nk ada makan2.

Starbucking


Sekali sekala biler ada duit, boleh la pegi minum kopi. Tapi tak boleh selalu, nanti berkala-kala la nk pegi minum kopi. Takper tak dapat selalu minum kopi tempat best, janji anak tak payah minum air sirap sebab tak mampu nk beli susu. Hehe